~assalamualaikum w.b.t wahai si cantik hensem, selamat datang ke ruangan cik una, wink3 *,*~

Saturday 29 November 2014

Resah

Terkadang jiwa terasa remuk. Berasa resah sehingga tak termampu untuk aku bertenang.
Bila aku resah, aku terpanggil nama sendiri.. entah mengapa. tapi selalunya aku menyebut kalimah tuhan.. ALLAH..ALLAH.. walaupun diri tidak seberapa warak.

aku punya resah, diri sendiri yang cipta. Entah bagaimana mahu lari dari resah ini. Entah bagai mana..Entah kemana aku mahu pergi. Ya Allah.. Ya Rabb.. Kau tunjukkanlah jalan. Lapangkanlah dadaku, jangan kau sempitkan.

Wahai jiwa janganlah berduka berlara.. Hilangkan segala resah dan bergembiralah asal tidak melampaui batasan.