~assalamualaikum w.b.t wahai si cantik hensem, selamat datang ke ruangan cik una, wink3 *,*~

Saturday 26 April 2014

Save the date!

i gonna save this date for the whole of my life..
sometimes we wish that something jadi cepat2, dan mahu benda tu cepat berlalu.. asyik merungut sehingga tidak menikmati setiap detik yang berlalu.. dan apabila ia berlalu, kita baru sedar bahawa kita masih lagi mahukan perkara itu..
Kepahitan dalam kemanisan

Itulah dia ST John Ambulance, Kor USM. Akhirnya pada tarikh ini, aku sudah officially graduated from St John. Tetapi mengapa rasa sedih pula dihati? Mungkinkah kerana ingin meninggalkan keluarga yang sudah hampir dua tahun bersama? Hayaiii..
Satu lagi, benda paling tragis berlaku ke atas diriku kerana bajuku yang kotor dek terkena Softlan .. haha.. Akibatnya baju uniform St John ku sudah bertukar warne dari biru ke koko bertompok - tompok.. hadoiYai..
Okey dibawah satu gambar kenang - kenangan.. aku yang memakai sweater warne purple tu..

Tuesday 22 April 2014

Sendiri

Sendiri itu ada hikmahnya. Sungguh.
Mungkin dengan sendiri, kita akan lebih berfikir..
Kurang tertawa dan banyak beristifar..
Kurang bercakap benda yang sia - sia..

Aku tidak kisah bersendiri
Asalkan ada Dia di hati.
Insyaallah.
Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Ampunkanlah dosaku dan kawan - kawanku..guruku.. ahli keluargaku..
sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..
Berkatilah ilmu yang diperoleh ini agar boleh aku manfaatkan
dalam mendidik anak bangsa Ya Allah.
Amin.

Golongan Thakin di Burma

Latar belakang
Golongan Thakin juga dikenali sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita Orang Myanmar). Ia dikenali sebagai Parti Thakin kerana para pemimpinnya menggelarkan diri mereka Thakin yang bererti tuan. Ia memberi simbol penolakan kuasa British dan orang Myanmar seharusnya menjadi tuan di negara sendiri. Ia merupakan percantuman dua buah pertubuhan iaitu percantuman di antara Liga Pemuda Pelajar yang dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang ditubuhkan pada tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1936 di Universiti Rangoon.

Corak perjuangan
Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakkan Farsis Itali dan Jerman. Ia juga merupakan sebuah pergerakkan bercorak politik yang memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang radikal dan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Mereka mengadakan perhubungan dengan gerakan kebangsaan di negara lain yang pelbagai ideologi seperti Kongres India, Kuomintang dan Parti Komunis China.

Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1935-1941
Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Tuein Pe, Kyaw Nyien, Rashid, Tui Han dan Ko Ohn Hu menyertai Jawatankuasa Kerja Pelajar Universiti Rangoon. Pada tahun seterusnya iaitu tahun 1936, permogokan pelajar yang melibatkan Universiti Rangoon dan merebak kepada 35 buah sekolah menengah di sekitar Rangoon. Permogokkan itu adalah untuk membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu (Presiden P.P.U. Rangoon) dan Thakin Aung San. Tindakan dikenakan ke atas mereka kerana Thakin U Nu membuat satu ucapan yang mengkritik pentadbiran universiti dan Thakin Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar telah mengambil peluang ini untuk membuat pindaan ke atas Akta Universiti 1920. Permogokkan ini menyebabkan pemimpin Thakin dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar. Pindaan ke atas Akta Universiti pada tahun 1939 menyebabkan golongan Thakin semakin popular.
            Pada Disember 1936, golongan Thakin menyertai Pilihanraya Umum yang pertama dengan menubuhkan parti sendiri iaitu Komin-Kochin untuk membentuk Kerajaan Myanmar yang tidak lagi bergabung dengan India. Namun Parti Thakin hanya berjaya memenangi 3 kerusi berbanding 46 kerusi oleh GBCA bersatu yang dipimpin oleh U Ba Pe dan 16 kerusi oleh Parti Sinyetha (Parti Orang Miskin) pimpinan Dr. Ba Maw. Penubuhan kerajaan campuran gagal akibat perbalahan badan-badan gabungan dan timbulnya soal pembahagian jawatan menteri kabinet. Keadaan ini berjaya diatasi oleh Dr. Ba Maw yang membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada parti-parti kecil serta wakil puak minoriti.
            Pada tahun 1938, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan All Burma Cultirators League. Golongan Thakin telah mencadangkan pembaharuan cukai bagi membantu petani-petani. Golongan Thakin telah mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan buruh lombong minyak dan pengangkutan sungai bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Hal ini menyebabkan golongan Thakin semakin popular di kalangan pekerja dan petani.
            Pada Julai 1938, tercetus pertelingkahan serius di antara orang beragama Buddha dengan orang Islam di Yangon dan kawasan sekitar. Golongan Thakin mengambil kesempatan ini dengan menggalakkan tunjuk perasaan di kalangan buruh dan pelajar di merata tempat.
            Pada tahun 1939, kerajaan pimpinan Dr. Ba Maw telah runtuh berikutan kejayaan U Saw membangkitkan perasaan curiga terhadap pentadbiran Dr. Ba Maw. Kerajaan campuran baru dibentuk oleh U Pu dengan sokongan U Ba Pe dan U Saw. Kerajaan baru bersifat konservatif tidak dapat menenteramkan kekacauan politik dan awam. Parti Thakin, biarpun menyertai kerajaan, mengambil kesempatan kekacauan politik bagi memperjuangkan sosialisme golongan Thakin. Akibat terletusnya Perang Dunia Pertama yang meletus di Eropah, golongan Thakin telah menubuhkan Blok Pembebasan bersama-sama dengan Dr. Ba Maw. Blok ini menggunakan Perang Dunia Pertama untuk mendapatkan konsesi-konsesi daripada British bagi penyertaan Myanmar dalam perang itu dan perkara ini mendapat sokongan ramai melalui golongan Pongyi. Namun, jaminan U Pu bahawa Myanmar akan membantu British tanpa syarat telah mengakibatkan kempen anti perang oleh golongan Thakin. Konflik peribadi antara U Pu dengan Dr. Ba Maw dan tindakan U Saw menarik sokongan menjatuhkan U Pu. U Saw naik sebagai Perdana Menteri.
            Pada tahun 1940, Kerajaan U Saw telah menangkap beberapa pemimpin Thakin bersama-sama dengan Dr. Ba Maw yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara. Thakin Aung San dan 30 orang Thakin yang lain pula melarikan diri ke negeri China pada akhir tahun 1940.
            Pada tahun 1941, Thakin Aung San membuat pakatan dengan Jepun di mana golongan Thakin akan membantu Jepun menawan Myanmar daripada British dan pihak Jepun akan memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Sebilangan golongan Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di negara Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Myanmar Independent Army) yang mempunyai 30000 orang ahli pada kemuncaknya.
            Pada September 1941, U Saw pergi ke British untuk memohon kemerdekaan namun tidak dilayan.
            Pada Januari 1942, U Saw ditangkap oleh British di Mesir sewaktu dalam perjalanan pulang ke Myanmar atas tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan Jepun yang sedang mengatur rancangan menakluk Myanmar.

Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1942-1948
            Pada Disember 1941, golongan Thakin membantu Jepun menyerang Myanmar melalui Tentera Kemerdekaan Myanmar.
            Pada Mei 1941, Jepun menawan seluruh Myanmar. Pengaruh Thakin meningkat dan mereka dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar.
            Pada 1 Ogos 1941, akibat usaha-usaha daripada golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Sebuah kerajaan republik dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baru ini banyak dipengaruhi oleh golongan Thakin yang banyak memegang jawatan di dalam kabinet. Antaranya ialah Thakin Mya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Thakin Aung San sebagai Menteri Pertanian dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal-ehwal Luar Negeri.
            Pada tahun 1944, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak sepenuhnya dan kuasa masih dipegang oleh Jepun. Kekejaman Jepun dan kemerosotan taraf hidup mewujudkan semangat anti-Jepun di kalangan rakyat Myanmar. Oleh sebab itu, golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti Facist People’s Freedom League atau AFPFL) bagi menentang Jepun. Pemimpin utama ialah Aung San sebagai Presiden dan Than Tun.
            Pada bulan Mac 1945, AFPFL melancarkan pemberontakan dan menyebelahi British. Tindakan ini melemahkan Jepun untuk menentang kemaraan Angkatan Tentera Nasional Myanmar dan Tentera British dari arah Utara ke Myanmar.
            Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasminya dan British menubuhkan pentadbiran Tentera. AFPFL yang dikuasai oleh golongan Thakin muncul sebagai pertubuhan Nasionalis Myanmar yang utama.
            Pada bulan Oktober 1946, setelah pemulihan dilaksanakan, British meminta Aung San membentuk sebuah Majlis Menteri.
            Pada bulan Januari 1947, Thakin Aung San memimpin satu delegrasi ke London untuk membincangkan kemerdekaan Myanmar. British bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih anggota Dewan Perlembagaan Myanmar pada April 1947 dan bersetuju memberi kemerdekaan dalam jangka masa setahun.
            Pada bulan April 1947, AFPFL memenangi 171 buah kerusi daripada 182 buah kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya, Aung San dan 6 orang rakannya dalam kabinet dibunuh oleh orang-orang yang diupah oleh U Saw, bekas anggota AFPFL pada 19 Julai 1947. Kepimpinan AFPFL diambil alih oleh U Nu yang seterusnya menggubal satu perlembagaan bagi Myanmar.
            Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan. Myanmar dibentuk sebagai sebuah kerajaan republik. U Nu menjadi Perdana Menteri dan Sao Shwe Thakin, seorang ketua orang Shan menjadi Presiden pertama.

Monday 21 April 2014

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :))

"Ingat senang?"
"Ingat senang nak berubah?"
Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh?
Dari tak pakai handsocks hingga pakai handsocks?
Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin?
Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut?
Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar?
Dari gelak "HUAHUAHAHA" hingga gelak tutup mulut?
Dari solat tak cukup lima waktu hingga cukup lima waktu?
"Ingat senang ke?"
Tak. Saya serius cakap.
Saya tahu memang tak senang. Payah. Perit.
Bukan mudah.
Sebab apa? Kenapa tak mudah?
"Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu
Manis."
Setiap perubahan kearah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu benda.
Allah ada bersama kita.
Allah ada disetiap langkah kita.
Allah ada untuk membela kita.
Allah ada untuk menguatkan kita.
Allah ada untuk memujuk kita.
Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza.
Manusia itu sifatnya berubah.
Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah, macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah.
Mereka jarang di dapati.
Normal, bila nak berubah, people will judge you without
knows how your life.
Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza.
Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok.
Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tapi
berubahlah kerana Dia.
Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia. Kerana Allah.
Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah untuk berubah
dengan orang yang dah jauh berlari sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan. Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita hari ini dengan yang semalam.
Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam.
Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih
rasa bersemangat untuk memenangi
Pandangan dan Redha Allah.
Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan
kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah.
Jangan patah balik hanya kerana kejian dan cacian mahupun kata-kata manusia.
Teruskanlah melangkah kerana Allah.
Teruskanlah melangkah untuk menjadi hamba Allah yang Terbaik diantara yang Terbaik.
Percayalah, Allah pasti kan bantu!
Berbahagialah dan tersenyumlah dengan Penghijrahanmu,
betapa Baik-Nya Allah sudi memberikan nikmat hidayah. Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang Beriman.

Thursday 17 April 2014

First day kerja

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari nir first day cik una kerja sbg penjual wafer.. gaji boleh la rm10 dalam masa 3 jam.. pastu aku ambik 2 syif je seminggu,,. haha.. duk kat bilik pun x buat apa... tidorr je..

first time aku buat wafer.. hancoq.. xnmpk cm wafer.. second time buat.. boleh la.. sdp la..lps tu lama2 buat..wafer aku jadi cantik..secantik tuan dia laa.. pastu aku makin kelam kabut x menang tangan, terlalu ramai sangat nk beli. aduhai,, lama2, aku jdi tenang dan happy plak jual wafer nie..

Al - kisah la td ada seorang anak mat salleh, sangat cute! mata hijau muda camtu..mai nk beli wafer.. If Your cake good, i"ll buy.. aduhai.. pastu aku ckp wether good or bad, u must buy if i made it.. haha. hacOs BI aku.. pastu dia cakap, Oh NOoo,,,, haha. comel je. Geram aku nk cubit2.

Ok lah, tu je kot al kisah wafer aku..

Okeh nie gambar dia.




About Dr. Ba Maw


Dr and Mrs Ba Maw
Dr. & Mrs. Ba Maw, Prime Minister of Burma (Myanmar), in formal court dress, May 1937 in England for the coronation of King George VI

Dr. Ba Maw was born in Ma-u-bin on February 8, 1893. After his studies, he was attracted to politics, and for the next 40 years, was a leading politician and statesman in Burma (Myanmar). In 1937, Dr. Ba Maw became the first Burmese (Myanmar) ever, under British rule, to assume the post of Prime Minister of Burma (Myanmar). He held the premiership until 1939. In 1943, he was again elected as Head of State of Burma (Myanmar). He then led the nationalist movement which culminated in the country’s declaration of independence on August 1, 1943.
Dr. Ba Maw was born in Ma-u-bin on February 8, 1893. After his studies, he was attracted to politics, and for the next 40 years, was a leading politician and statesman in Burma (Myanmar). In 1937, Dr. Ba Maw became the first Burmese (Myanmar) ever, under British rule, to assume the post of Prime Minister of Burma (Myanmar). He held the premiership until 1939. In 1943, he was again elected as Head of State of Burma (Myanmar). He then led the nationalist movement which culminated in the country’s declaration of independence on August 1, 1943.

U Kye, Dr. Ba Maw’s father, had been an official in the courts of the former Kings of Burma (Myanmar) - Kings Mindon and Thibaw. A staunch supporter of the monarchy of Burma (Myanmar), he actively opposed the establishment of British Colonial rule. He refused to serve under the British despite his fluency in English, and later fought in open rebellion against them.
Dr. Ba Maw's mother sacrificed in many ways to send her son to the prestigious St. Paul’s Boys School in Rangoon (Yangon). Her selflessness inspired Ba Maw to persevere in his studies, and follow in his father’s footsteps. Through hard work, he earned scholarships at the Rangoon College and at the University of Calcutta. He went on to study law at Cambridge University in England and received his Barrister-at-law degree from Gray’s Inn, London, in 1924. He received a PhD from the University of Bordeaux in France.
The first Burmese delegation to Japan
The first Burmese delegation to Japan before their audience with the Emperor, Tokyo, March 1943.
Left to right: Dr. Ba Maw, Thakin Mya, Dr. Thein Maung, Bo Aung San.
In April 1926, he married Daw Kinmama Maw.
During the colonial-era Dr. Ba Maw’s interest in Burmese (Myanmar) politics took root when he was practicing law in Rangoon (Yangon). In 1931 he acted as the defense attorney for Saya San, a prominent nationalist rebel leader, who had recently staged a tax revolt.
In a sensational trial that captured the public’s imagination, Dr. Ba Maw courageously defended Saya San against charges of sedition and treason. Although Saya San’s life was eventually forfeit, the case helped sow the seeds of rebellion in the hearts and minds of the people of Burma (Myanmar). For Dr. Ba Maw, the trial embodied the plight of the downtrodden, in particular, the Burmese (Myanmar) peasants. He vowed to break the vicious cycle of poverty, illiteracy and poor health that had plagued his countrymen for so long.
While serving as Education and Health Minister, and later as Premier, Dr. Ba Maw authored several important initiatives in the pursuit of universal health-care and education for all Burmese (Myanmar). One of these initiatives helped establish State scholarships for postgraduate students; another abolished the unpopular and onerous British tax of five rupees a person; and yet another instituted the State lottery.