~assalamualaikum w.b.t wahai si cantik hensem, selamat datang ke ruangan cik una, wink3 *,*~

Tuesday 10 May 2016

Saat akhir bergelar cikgu praktikal

sekarang nie.. aku dah nak habis dah praktikal.. nak balik drpd perak..nak mulakan hidup baru yang aku tunggu2 selama nie.. Perasaan apakah ini? Gembira kerana akan balik berjumpa dengan insan yang tersayang :) , tapi sedih sebab nak berpisah dengan murid2 dengan rakan2 baik di sekolah..  huhuuu,,

Monday 15 February 2016

Diriku kini bergelar seorang guru (guru praktikel aje lee), Haha.. Lahaiii x bestnyeee! Setiap ari pikir nak mengajar ape esok, nak pakai baju apa esok, huhu.. Tapi yang besttnye, aku kena sesii petang, girlfren aku 2 orang lagik tu kena sesi pagi.. Best petanggg...syiOk..xbanyak keje.. Tapi x bestnye, ambk air semayang, habis laaa bedak aku.kena tempek balik.Hahha..


First time aku join assembly, mengantok betol di belakang,,aissehh! Lambatnye nak habeh...*,*

Thursday 10 December 2015

Saat Akhir

Aku sekarang berada di sem pertama tahun 4.
semakin malas pula diriku ini.
Kelas jam 8 tak pergi.
tapi bila pergi kelas aku tak tdo dah sekarang ni.

Sekarang aku berada di ambang - ambang akhir dirku yang bergelar sebagai pelajar.
Tak tahu la nak sambung master atau tidak..
Kalau tggu kerja pn menganggur dlu sebentar.hmm

ke nak g duk Johor?
tak sabar bila fikir pasal tu.. Heeee

Saturday 28 March 2015

Aku punya hati

Takku sangka, peristiwa itu terjadi, Kadang teringat, cepat2 la ia lupus dari ingatan. kerana ia adalah kebodohanku yang abadi. Hai hati, kenapa susah nak tetap? Kenapa cepat tergoda? Ok habis cerita mengarut.

Kelas takde. Aku berjalan2 bersendiri. Jumpa tempat comel. pandang ke sisi, tiada siapa yang ingin mendengarkan ceritaku yang riang. Aku tidak punya kawan tika ini. TERserempak budak comel. Suruh dia tlg ambilkan aku gambar. Inilah hasilnya. Dengan muka yang riang itu aku tersenyum. Sengajaku cari bahagiaku. Sengajaku cari perasaan lega tanpa apa masalah.

That was my bestie gendut in Chilli Red. Aida in maroon. Nazri smile :) Oush. Used to steal my H.


Waktu petang, aku sendiri keluar mencari kedamaian dan ketenangan. Jiwa ini penuh dengan perasaan keserabutan. Ini adalah antara bebanyak pemandangan yg aku suka di USM.


This one aku keluar dengan Zalika Joho, cari buku kat BigBadWolf. Hati riang bila keluar, hilang perasaan duka itu :)).

oK Gmbar ini langsung tak cantik tapi aku tempekkan disini kerana mahu jadikan ia kenangan. Supaya bila aku baca balik aku ada benda nk tengok. Ini aku pergi tadi bersama x Roomate Illy, xBf Aida and Aisah comel. Keluar mencari angin Qb.Shoping. Spent money like water. Spent money the way I want.. So happy,. But when think back at night, not so happy.



MErapu.

Perjalanan hidup yang perlu diteruskan. Semakinku dewasa, semakin ku terasa betapa payahnya hidup sebagai dewasa. Inginku kembali ke waktu dulu.. Dimana aku menjadi anak kesayangan Umie dan Abah. But now, im still their lovey dovey baby girl.cuma jarak sahaja memisahkan kami..

Okey habis cite sedih. Sekarang mau bercerita tentang kegiatan aku kebelakangan ini. 

First, aku pergi library.. baring2 and rilex2 situ pada waktu malam. konon nak study.. konon nak buat saimen. tapi, duk main2 aje lebih.

Study la Konon. Pic credit to Dayah (bestie)


Sekejap je. Pastu aku pinjam buku di RedSpot.. Esoknye kena denda Rm4.80. Cis.. Pakcik tu kata takyah bayar.xpuah hati juga laa!

Dalam hari2 nie. aku kerap bersama Si gendut Aini Aminah.. aku rasa dia antara bestie aku di USM neh. tp x tahu la dia anggap aku apa. sering juga aku keluar bercerita dengannya di tepian laut QB tuh. 

Ok ini gambar aku gembira makan Pizza bersama dayah mimi n wawa.

Esoknye tidakku tahu perbentangan kumpulan kami salah. 2 slide je yg pensyarah nk tgk. puih buat penat je buat smpai lewat2 malam.


Gambar aku berhias comel2 nak bentang.

Satu lagi gambar. Sory semak! 
Ni sebenarnya  nak jadi model tudung wawa.
Boleh follow Ig aku ye @queenlens.empire untuk tengok apecer.

Saturday 29 November 2014

Resah

Terkadang jiwa terasa remuk. Berasa resah sehingga tak termampu untuk aku bertenang.
Bila aku resah, aku terpanggil nama sendiri.. entah mengapa. tapi selalunya aku menyebut kalimah tuhan.. ALLAH..ALLAH.. walaupun diri tidak seberapa warak.

aku punya resah, diri sendiri yang cipta. Entah bagaimana mahu lari dari resah ini. Entah bagai mana..Entah kemana aku mahu pergi. Ya Allah.. Ya Rabb.. Kau tunjukkanlah jalan. Lapangkanlah dadaku, jangan kau sempitkan.

Wahai jiwa janganlah berduka berlara.. Hilangkan segala resah dan bergembiralah asal tidak melampaui batasan.


Thursday 30 October 2014

@lens_rm2o Instagramku

Tidak ku sangka, dari menjual Wafer. Kini aku bergelar seorang usahawan wanita Online . Ngee..
Angka pendapatan bulanan, tidaklah mencecah puluhan ribu ringgit, tapi adala sikit2 untuk aku tanggung pelajaran dan keperluan serta kehendak nafsu serakah aku.. Insyaallah, dari awal semesta tak minta dah duit Umie dan abah. Tiket balik kampung dan makan minum, serta buku - buku pelajaran dan segala jenis losyen mosyen yang kusuka, serta segala keperluan ditanggung dengan duit ini..

Hehe, tambahan pulak aku ade buat student cab sikit2 sekarang nie.. Bolehlaahhh duit tu, lepas untuk isi minyak kereta aku... Alhamdulillah. Nikmat Allah swt bagi,