~assalamualaikum w.b.t wahai si cantik hensem, selamat datang ke ruangan cik una, wink3 *,*~

Monday 21 April 2014

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :))

"Ingat senang?"
"Ingat senang nak berubah?"
Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh?
Dari tak pakai handsocks hingga pakai handsocks?
Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin?
Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut?
Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar?
Dari gelak "HUAHUAHAHA" hingga gelak tutup mulut?
Dari solat tak cukup lima waktu hingga cukup lima waktu?
"Ingat senang ke?"
Tak. Saya serius cakap.
Saya tahu memang tak senang. Payah. Perit.
Bukan mudah.
Sebab apa? Kenapa tak mudah?
"Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu
Manis."
Setiap perubahan kearah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu benda.
Allah ada bersama kita.
Allah ada disetiap langkah kita.
Allah ada untuk membela kita.
Allah ada untuk menguatkan kita.
Allah ada untuk memujuk kita.
Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza.
Manusia itu sifatnya berubah.
Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah, macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah.
Mereka jarang di dapati.
Normal, bila nak berubah, people will judge you without
knows how your life.
Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza.
Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok.
Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tapi
berubahlah kerana Dia.
Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia. Kerana Allah.
Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah untuk berubah
dengan orang yang dah jauh berlari sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan. Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita hari ini dengan yang semalam.
Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam.
Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih
rasa bersemangat untuk memenangi
Pandangan dan Redha Allah.
Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan
kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah.
Jangan patah balik hanya kerana kejian dan cacian mahupun kata-kata manusia.
Teruskanlah melangkah kerana Allah.
Teruskanlah melangkah untuk menjadi hamba Allah yang Terbaik diantara yang Terbaik.
Percayalah, Allah pasti kan bantu!
Berbahagialah dan tersenyumlah dengan Penghijrahanmu,
betapa Baik-Nya Allah sudi memberikan nikmat hidayah. Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang Beriman.

2 comments:

  1. Hijrah kearah kebaikan cabarannya amat kuat, tetapi kemanisannya tidak terhingga...selagi ada masa, selagi ad ruang dan peluang, selagi itulah kita belum terlambat untuk berubah biarpun sedikit demi sedikit asalkan tawaduk dan istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Encik Nazri. sama2 lah kita berubah kearah kebaikan setiap hari walaupun ianya sekecil zarah.. :))

      Delete